Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ini ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta tersebut telah
diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulungnya pula diadakan pada 24
April 2000. Penyertaan Malaysia yang aktif di dalam Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Commission for Human
Rights-UNCHR) telah menyebabkan Malaysia juga berusaha menubuhkan sebuah
institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional pada tahun 1993 hingga
1995. Pada waktu itu, Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya oleh Majlis
Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seterusnya pada
tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan iaitu dilantik sebagai Pengerusi sesi
ke-52 UNCHR. Ketua perwakilan pada masa itu adalah Tan Sri Dato’ Musa Hitam.
Kerajaan malaysia
telah menimbangkan sebab-sebab penubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia. Antaranya
ialah penglibatan malaysia yang aktif dalam UNCHR semenjak tahun 1993. Selain
itu juga, impak daripada kejayaan persidangan dunia berhubung hak asasi manusia
pada tahun 1993 di vienna telah menarik perhatian masyarakat dunia turut
menarik perhatian malaysia bagi mewujudkan pertubuhan Hak Asasi Manusia. Selain
itu juga, faktor penyumbang kepada pertubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia adalah kerana negara-negara
yang menyertai UNCHR termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia
meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga meyedari
bahawa pentingnya diwujudkan badan-badan hak asasi manusia di peringkat negara
masing-masing. Hal ini telah menjadikan Malaysia salah satu negara yang
memperjuangkan hak asasi manusia.
Namun begitu masih terdapat pelbagai faktor lain yang telah
mendokong cadangan penubuhan SUHAKAM ini antaranya ialah terdapat tekanan yang
meluas di peringkat antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan menyedari
bahawa isu ini merentasi sempadan dan kedaulatan sesebuah negara. selain itu
juga, penglibatan Malaysia yang begitu aktif dalam pertubuhan bangsa-bangsa
bersatu dan juga suasana politik malaysia yang semakin berkembang di samping
masyarakat malaysia yang bergerak maju dan peka terhadap isu-isu semasa,
isu-isu hak asasi manusia dan juga isu-isu politik. Oleh yang demikian, berdasarkan
faktor-faktor tersebut Tan Sri Dato’ Musa Hitam yang ketika itu merupakan
perwakilan Malaysia telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan
Malaysia bagi menubuhkan badan hak asasi manusia sendiri yang bebas.
Pada 24 April 1999 pula iaitu lima tahun selepas idea itu
diajukan, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mengumumkan bahawa
Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-undang dalam sidang Parlimen pada
bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang
Undang-undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan
kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia
yang bebas dan juga pengalaman yang ada pada institusi hak asasi manusia yang
sudah tertubuh, terutamanya di rantau Asia Pasifik.
Terdapat pelbagai fungsi dan kuasa penubuhan SUHAKAM
antaranya ialah
·
Membantu melindungi
dan memajukan hak asasi manusia.
·
Memupuk kesedaran dan
menyediakan pendidikan mengenai hak asasi manusia.
· Menasihati dan
membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan, dan tatacara
pentadbiran serta mengesyorkan langkah yang perlu diambil.
· Mengesyorkan kepada
kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat
cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.
· Suruhanjaya hak asasi
manusia turut berperanan dalam menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak
asasi manusia yang disebut di bawah seksyen 12.
§
Fungsi menyiasat aduan
berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang
dikenakan oleh Seksyen 12 akta tersebut.
§
Seksyen 12 memberi
SUHAKAM kuasa memulakan penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak
asasi, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya.
§
SUHAKAM tidak boleh
menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan
mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah di putuskan dengan muktamad
oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang
disiasat dibawa ke mahkamah.
No comments:
Post a Comment