Kanak-kanak merupakan individu yang berumur di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
Penderaan Fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
Penderaan Emosi melibatkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanakitu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Penderaan Seksual apabila kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.
Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.
Video Penderaan Kanak-kanak
Video Penderaan Kanak-kanak
Terima kasih perkongsian yang baik.
ReplyDeleteKanak-kanak memang memerlukan hak. Kadangkala mereka tidak mampu mendapatkan hak mereka. Lebih-lebih lagi isu didera dengan kejam.
Apapun alhamdulilah di Malaysia ada tempat yang bertanggungjawab. Dari segi bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;
i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991
ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984
iii] Pengambilan Anak Angkat
iv] Akta Kanak-kanak 2001